Harga : RM 19.90
Deposit : RM 9
Hanya sonata rindu yang mampi merawat luka-luka semalam
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal. Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya. Adrina benar benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan, tetapi antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zilfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu
530 muka surat.

No comments:
Post a Comment