About Me

1. Deposit will be returned 2. All novel will be sent hand-by-hand 3. Duration- a month (you'll be charge RM0.50 per day if you're late from the due date ) 4. Anything just call us Ausi - 0193790588 Ammelia - 0176703561 or email us : novelnovelnovel99@gmail.com 5.http://novel-novel-novel.blogspot.com/ (English Novel) 6. For Kuala Lumpur Citizen only.

Wednesday, January 26, 2011

FLYING KISS - NASS AINA NOAH


Harga : RM 23
Deposit : RM 15

Aku sukakan kau walaupun dunia kita tak serupa. Kau hidup dalam air, sedangkan aku... terbang tinggi di udara. Gagah perkasa macam roket!

"My name is Shariff. Well... mak aku cakap aku keturunan... "
"M. Sharif?" sahut Lavender tanpa memandang sesiapa.
Ice masih lagi diam. Dia sendiri tidak tahu siapa M. Sharif. Senyuman Shariff menghilang terus apabila diganggu. Tetapi sebaik melihat wajah putih bersih di hadapannya, dia kembali senyum meleret.
"Bukan la... "
"Er... Shariff Dol samseng Kampung Dusun ke? " celah Lavender lagi.
Dam!
Shariff menepuk kuat mejanya. Lavender sedikit terkejut.
"Excuse me! Muka macam ni samseng ke?" bentak Shariff.
"Er... tak!"
Semua orang diam apabila Ice mula bersuara. Dan Shariff tersenyum apabila pelajar baru yang cun itu cuba membelanya.
"Tapi... samseng tu yang muka macam kau!" sambung Ice lagi.
"Hah?"
"Huargh ha ha ha ha!!!" serentak dengan itu pecah tawa Leo dan Lavender.
Shrek mencebik geram.

464 muka surat.

ADAM & HAWA - AISYA SOFEA

Harga : RM 19.90
Deposit : RM 9

Tak usah diucap, tak usap dilafazkan aku dah mengerti bahasa cintamu

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan, Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa pergi jauh mencari harga diri. Adam ditinggalkan, menghitungkan hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ahh.. Adam pasrah. Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah terputus. hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain ? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak -balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoanya cuba menidakkan. ingin diluah, mulut tidak terkata. ingin dismpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.


492 muka surat.

DENDAM SEMALAM - ZAIFUZAMAN AHMAD

Harga : RM 15
Deposit : RM 8

Tiada maaf bagimu.

Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri. Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka..roh Hartina mula menggangu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan. Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman. Meski diusir, namun dia tetap "hadir" dalam kehidupan Fakar seperti sediakala. Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitany tidak dihapuskan. Ibarat api membakar sekam, dendam itu tidak mungkin berakhir  malah kian hangat membahang diri. Namun, terubatkan kecewa Hartina..terleraikah dendamnya setelah segala rahsia terbongkar? Dan siapakah Hartina sebernarnya? Dendam Semalam..penuh saspens dan mendebarkan!


348 muka surat.

TANGISAN BULAN MADU - SAMSIAH MOHD. NOR

Harga : RM 11.90
Deposit : RM 6

Menggagur setelah memerah tenaga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang menyakitkan. Amira tidak memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta untuk mengahwini gadis lain, percintaannya dengan Bogatt dihalangi oleh Puan Marina yang memilih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangganya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?

182 muka surat.

NOKTAH - NORHAYATI BERAHIM

Harga : RM 15.90
Deposit : RM 6


Kau lewat hadir..setelah hatiku parah,bernanah.

Lia, I tahu you benar-benar terluka dengan apa yang terjadi. Hak you untuk menyimpannya sebagai dendam. Namun i tahu, I juga punya hak untuk terus mengasihi you. Lia, ambilah masa selama mana yang you mahu untuk berfikir dan bagi menghapuskan rasa marah di hati. i percaya suatu masa nanti you akan hargai perasaan ini.


235 muka surat.

CINTA PERTAMA - NORHAYATI BERAHIM

Harga :RM 19.90
Deposit :RM 8

Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan.
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesakali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang suci cintanya. selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. tidak disakiti dan menyakiti. Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasac inta yang mula bertunas tidak sempat dinimmati..atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati? dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama..terseksa dalam keindahan?

503 muka surat.

SELAMAT MALAM TAN SRI - SRI DIAH

Harga : RM 15.90
Deposit : RM 8

Apakah dia ingin membalas budi atau hanya membeli sebuah jiwa?

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu harta. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah. Meskipun begitu, Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya.Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelah Tan Sri itu, hatinya berdetik. Dia tidak pasti apa maknanya itu. Waktu itu memang sudah nyata lelaki itu sudah beristeri. Bukan seorang tetapi dua dan bukan calang - calang wanita. Isteri-isterinya orang ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tetapi takdir menentukan segalanya! Kemunculannya mengubah kenyataan.

417 muka surat.

Followers