About Me

1. Deposit will be returned 2. All novel will be sent hand-by-hand 3. Duration- a month (you'll be charge RM0.50 per day if you're late from the due date ) 4. Anything just call us Ausi - 0193790588 Ammelia - 0176703561 or email us : novelnovelnovel99@gmail.com 5.http://novel-novel-novel.blogspot.com/ (English Novel) 6. For Kuala Lumpur Citizen only.

Wednesday, January 26, 2011

FLYING KISS - NASS AINA NOAH


Harga : RM 23
Deposit : RM 15

Aku sukakan kau walaupun dunia kita tak serupa. Kau hidup dalam air, sedangkan aku... terbang tinggi di udara. Gagah perkasa macam roket!

"My name is Shariff. Well... mak aku cakap aku keturunan... "
"M. Sharif?" sahut Lavender tanpa memandang sesiapa.
Ice masih lagi diam. Dia sendiri tidak tahu siapa M. Sharif. Senyuman Shariff menghilang terus apabila diganggu. Tetapi sebaik melihat wajah putih bersih di hadapannya, dia kembali senyum meleret.
"Bukan la... "
"Er... Shariff Dol samseng Kampung Dusun ke? " celah Lavender lagi.
Dam!
Shariff menepuk kuat mejanya. Lavender sedikit terkejut.
"Excuse me! Muka macam ni samseng ke?" bentak Shariff.
"Er... tak!"
Semua orang diam apabila Ice mula bersuara. Dan Shariff tersenyum apabila pelajar baru yang cun itu cuba membelanya.
"Tapi... samseng tu yang muka macam kau!" sambung Ice lagi.
"Hah?"
"Huargh ha ha ha ha!!!" serentak dengan itu pecah tawa Leo dan Lavender.
Shrek mencebik geram.

464 muka surat.

ADAM & HAWA - AISYA SOFEA

Harga : RM 19.90
Deposit : RM 9

Tak usah diucap, tak usap dilafazkan aku dah mengerti bahasa cintamu

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan, Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa pergi jauh mencari harga diri. Adam ditinggalkan, menghitungkan hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ahh.. Adam pasrah. Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah terputus. hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain ? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak -balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoanya cuba menidakkan. ingin diluah, mulut tidak terkata. ingin dismpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.


492 muka surat.

DENDAM SEMALAM - ZAIFUZAMAN AHMAD

Harga : RM 15
Deposit : RM 8

Tiada maaf bagimu.

Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri. Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka..roh Hartina mula menggangu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan. Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman. Meski diusir, namun dia tetap "hadir" dalam kehidupan Fakar seperti sediakala. Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitany tidak dihapuskan. Ibarat api membakar sekam, dendam itu tidak mungkin berakhir  malah kian hangat membahang diri. Namun, terubatkan kecewa Hartina..terleraikah dendamnya setelah segala rahsia terbongkar? Dan siapakah Hartina sebernarnya? Dendam Semalam..penuh saspens dan mendebarkan!


348 muka surat.

TANGISAN BULAN MADU - SAMSIAH MOHD. NOR

Harga : RM 11.90
Deposit : RM 6

Menggagur setelah memerah tenaga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang menyakitkan. Amira tidak memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta untuk mengahwini gadis lain, percintaannya dengan Bogatt dihalangi oleh Puan Marina yang memilih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangganya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?

182 muka surat.

NOKTAH - NORHAYATI BERAHIM

Harga : RM 15.90
Deposit : RM 6


Kau lewat hadir..setelah hatiku parah,bernanah.

Lia, I tahu you benar-benar terluka dengan apa yang terjadi. Hak you untuk menyimpannya sebagai dendam. Namun i tahu, I juga punya hak untuk terus mengasihi you. Lia, ambilah masa selama mana yang you mahu untuk berfikir dan bagi menghapuskan rasa marah di hati. i percaya suatu masa nanti you akan hargai perasaan ini.


235 muka surat.

CINTA PERTAMA - NORHAYATI BERAHIM

Harga :RM 19.90
Deposit :RM 8

Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan.
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesakali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang suci cintanya. selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. tidak disakiti dan menyakiti. Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasac inta yang mula bertunas tidak sempat dinimmati..atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati? dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama..terseksa dalam keindahan?

503 muka surat.

SELAMAT MALAM TAN SRI - SRI DIAH

Harga : RM 15.90
Deposit : RM 8

Apakah dia ingin membalas budi atau hanya membeli sebuah jiwa?

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu harta. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah. Meskipun begitu, Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya.Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelah Tan Sri itu, hatinya berdetik. Dia tidak pasti apa maknanya itu. Waktu itu memang sudah nyata lelaki itu sudah beristeri. Bukan seorang tetapi dua dan bukan calang - calang wanita. Isteri-isterinya orang ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tetapi takdir menentukan segalanya! Kemunculannya mengubah kenyataan.

417 muka surat.

SETIA MENANTI - FAUZIAH ASHARI

 Harga : RM 19.90
Deposit : RM 9

Hanya sonata rindu yang mampi merawat luka-luka semalam

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal. Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya. Adrina benar benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan, tetapi antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zilfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu

530 muka surat.

SETULUS JANJI - AINA EMIR

Harga : RM 18
Deposit : RM 9

Tanpa lafaz pun kutahu kau akan datang pada tika dan saatnya.

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan. Bertahun-tahun mereka memendam rasa, Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan Ya atau Tidak sedangkan cinta harus dilafaskan dengan kata-kata! dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar bernar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. keajaiba Allah, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam menjadi kenangan.

448 muka surat.

CINTA JANGAN KAU PERGI - NORHAYATI BERAHIM

Harga : RM 20.90
Deposit : RM 11


Fitnah itu membelengunya namun dia tidak akan tewas.

Sungguh cantik papan di jawa
Disulam dengan daun kencana
Sungguh enak fitnah dibawa
Diri menerima jiwa merana

Disulam dengan daun kencana
Papan di jawa dibuat peti
Diri menerima jiwa merana
Sampai mati tetap diingati

499 muka surat.

PELABUHAN KASIH - LILY SURIANI

Harga : RM 14
Deposit : RM 7

Izinkan kupimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu

Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak pertama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip : lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya. Perkenalan dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal menjadi teman hidupnya! Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silapnya, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa bahawa prinsipnya harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedia semuanya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka. Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun. Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetian Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

328 muka surat.

KAU YANG SATU - NIZA AZALEA

Harga : RM 14
Deposit : RM 8

Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu.

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunya kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunya teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing - masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama ?


416 muka surat.

SUARA HATI - ANIS AYUNI

Harga : RM 13.90
Deposit : RM 8

Akan ku rahsiakan rasa cintaku padamu jauh di lubuk hati.

Cinta tidak semestinya bersatu. Teperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu diturutkan sedangkan jauh di hati, selaut kasihnya telah tercurah untuk Haris, pilihan sendiri. Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran yang kedua, suami tercinta pergi buat selamanya. Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan.. andai cinta pertama telah dikecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedia ?


327 muka surat.

SUKMA RINDU - FARIZA ZULIANA

Harga : RM 13
Deposit : RM 7

Kau berada di mana-mana dalam layar memoriku.
Pertemuan Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing - masing terpisah membawa arag sendiri tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan. Bumi kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan namun bukan mudah untuk mendapatkan kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari - hari berlalu dengan seribu harapan yang menanti. Cabaran datang menduga, Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Freie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan di tangan Dianza ada segala jawapan.


311 muka surat.

Followers