About Me

1. Deposit will be returned 2. All novel will be sent hand-by-hand 3. Duration- a month (you'll be charge RM0.50 per day if you're late from the due date ) 4. Anything just call us Ausi - 0193790588 Ammelia - 0176703561 or email us : novelnovelnovel99@gmail.com 5.http://novel-novel-novel.blogspot.com/ (English Novel) 6. For Kuala Lumpur Citizen only.

Wednesday, January 26, 2011

PELABUHAN KASIH - LILY SURIANI

Harga : RM 14
Deposit : RM 7

Izinkan kupimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu

Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak pertama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip : lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya. Perkenalan dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal menjadi teman hidupnya! Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silapnya, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa bahawa prinsipnya harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedia semuanya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka. Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun. Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetian Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

328 muka surat.

1 comment:

Followers